·
PENGERTIAN
KOMPUTER
Komputer adalah alat yang dipakai untuk mengolah
data menurut perintah yang telah dirumuskan. Kata komputer semula dipergunakan
untuk menggambarkan orang yang perkerjaannya melakukan perhitungan aritmatika,
dengan atau tanpa alat bantu, tetapi arti kata ini kemudian dipindahkan kepada
mesin itu sendiri. Asal mulanya, pengolahan informasi hampir eksklusif
berhubungan dengan masalah aritmatika, tetapi komputer modern dipakai untuk
banyak tugas yang tidak berhubungan dengan matematika,berikut adalah penjelasan
singkat mengenai perkembangan computer dari masa ke masa :
·
REVOLUSI
KOMPUTER DARI GENERASI 1 – 5 (SEKARANG)
( 1942 – 1958 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan
sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 – 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet
adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet
melalui satu dari dua arah.
(1959 – 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories,
iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang
kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik
melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis
untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh
memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa
simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan
mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau
bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.
(1964 – 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang
terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan.
Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan
cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.6. Bahasa
pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
(1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu
serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang
bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca
sahaja (Compact Disc Read Only Memory( CD ROM ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap,
pantas dan besar.
( 2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan ‘melihat’, ‘mendengar’, ‘bercakap’, dan ‘berfikir’ seperti manusia-kepintaran buatan.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana
manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza
dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat
penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.
Sumber :
http://revolusikomputer.blogspot.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar